- Kejayaan melaksanakan program Le Tour de HASiL Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia telah mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai Ekspedisi Berbasikal Paling Jauh Dalam Kempen Tanggung Jawab Sosial Korporat (CSR) Meningkatkan Kesedaran Cukai Longest Distance Cycling Expedition In A CSR Campaign To Promote Tax Awareness
- Penyerahan Sijil Pengiktirafan MBR telah disampaikan oleh Founder and Managing Director The Malaysia Book of Records YBhg Datuk Danny Ooi kepada YBhg Tan Sri CEO di Majlis Perasmian Hari Inovasi LHDNM 2013 pada 1 November 2013.
- Pengiktirafan MBR ini merupakan yang ke-3 LHDNM.
Sunday, 3 November 2013
PENGIKTIRAFAN MALAYSIA BOOK OF RECORDS
PENGHARGAAN CEO
6 Pasukan iaitu Zon Utara, Zon Timur, Zon Selatan, Zon Tengah, Zon Sabah & Zon Sarawak telah menerima Cenderamata Khas dan Sijil Penyertaan & Penghargaan dari YBhg Tan Sri Dr. Mohd Shukor B Hj Mahfar, CEO LHDNM di Majlis Apresiasi Le Tour de HASiL pada 30 Oktober 2013. Majlis yang juga disertai oleh Datuk Hj Mohd Shuib B Md Yusop, Ahli Lembaga Pengarah LHDNM, Encik Abdul Manap Dim Naib Pengerusi Majlis Kebajikan Dan Sukan Hasil Dalam Negeri dan Encik Mohd Nizom Sairi Presiden Kelab Kebajikan Dan Sukan Hasil Dalam Negeri Kuala Lumpur merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Le Tour de HASiL, semua pengurus pasukan, pegawi-pegawai kanan organisasi dan Hasil Cyclist pasukan yang mengambil bahagian adalah bagi menghargai penglibatan semua yang terlibat.
Turut menerima cenderamata khas, Pasukan Trafik PDRM, Pasukan JPAM & Perbadanan Putrajaya. Penghargaan diberikan bagi menghargai kerjasama dalam menjayakan Program Le Tour de HASiL 2013 buat julung kali dianjurkan.
Saturday, 2 November 2013
KAYUHAN PERDANA
Kayuhan Perdana Tan Sri CEO;
YBhg Tan Sri Dr. Mohd Shukor Bin Hj Mahfar, CEO LHDNM dan YBhg Datuk Hj Shuib Md Yusop Board of Director LHDNM mengetuai lebih 400 pengayuh terdiri dari pegawai kanan LHDNM, seluruh Hasil Cyclist memulakan Kayuhan Perdana sejauh 8km bermula dari Laman 1Malaysia, Presint 2 Putrajaya ke Menara Hasil, Cyberjaya.
Sebelum kayuhan bermula beliau bersama jemputan dan Hasilian bersenamrobik. Pelepasan 50 pengayuh terpilih telah disempurnakan oleh Tuan Hj Adzhar Sulaiman Pengarah APM bersama Setiausaha Pengelola dan disaksikan oleh warga APM di perkarangan AK1 tepat jam 8.30 pagi.
Sebelum kayuhan bermula beliau bersama jemputan dan Hasilian bersenamrobik. Pelepasan 50 pengayuh terpilih telah disempurnakan oleh Tuan Hj Adzhar Sulaiman Pengarah APM bersama Setiausaha Pengelola dan disaksikan oleh warga APM di perkarangan AK1 tepat jam 8.30 pagi.
Bersama Datuk Hj Shuib Md Yusop, BOD
|
Acara senamrobik |
Subscribe to:
Posts (Atom)