PENDAHULUAN
- Le Tour de HASiL merupakan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Kesedaran Cukai Melalui Aktiviti Berbasikal kearah merakyatkan LHDNM selaras dengan penjenamaan semula HASiL4U dan sejajar dengan tag-line HASiL Teman Keceriaan Anda (HASiL Feel Good Partners)
LATAR BELAKANG
- Cetusan idea YBhg Tan Sri CEO setelah kejayaan mencipta sejarah oleh 30 Hasilian dalam ekspedisi mendaki gunung tertinggi Asia Gunung Kinabalu pada April 2012 dan 12 penyelam skuba LHDNM melabuhkan Hasil Gemilang ke dasar laut Pulau Perhentian pada Julai 2012. Kesinambungan kejayaan tersebut, pada 28-30 Mei 2013, 60 penyelam skuba LHDNM berjaya melaksanakan Program CSR Marin LHDNM 2013 di Teluk Pauh, Pulau Perhentian seterusnya diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBR) sebagai Badan Berkanun Pertama melaksanakan CSR Marin First Statutory Body To Conduct Corporate Social Responsibility Programme Through Biodiversity Marine Restoration. Terbaru pada Jun 2013 LHDNM menduduki tempat ke-6 keseluruhan dari 79 agensi Persatuan Badan Berkanun Malaysia dalam Sukan Badan Berkanun Malaysia (SUKANU) di UniMAP, Kangar, Perlis. Dan disusul dengan kejayaan penganjuran Rate Race 4.0 yang mendapat pengiktirafan MBR sebagai Penyertaan Teramai Rate Race.
- Kejayaan di atas telah memberi motivasi bahawa tidak mustahil Hasilian boleh melangkah lebih jauh dengan mengambil bahagian dalam Le Tour de HASiL. Kejayaan membuktikan warga LHDNM sememangnya berdisplin, berdedikasi dan berketerampilan membantu organisasi kearah lebih gemilang, jika diberi peluang.
- Le Tour de HASiL menjadi nilai tambah kepada penjenamaan HASiL4U dan sejajar dengan tag-line LHDNM iaitu Hasil Teman Keceriaan Anda Feel Good Partners tidak secara langsung mendekatkan LHDNM dengan masyarakat khususnya golongan korporat dan peniaga terhadap tanggung jawab melaporkan pendapatan dan pembayaran cukai pendapatan dipertingkatkan.
TUJUAN
-
Merakyatkan LHDNM melalui
pendekatan lebih berinovasi.
- Mendidik masyarakat tentang peranan LHDNM kepada mereka dan Negara keseluruhannya serta peranan masyarakat itu sendiri kepada LHDNM terutama kepentingan kutipan cukai untuk kemakmuran negara.
- Melahirkan warga LHDNM yang berdisiplin, berdedikasi dan berketerampilan serta menggalakkan Hasilian mengamalkan gaya hidup sihat dan berkualiti.
- Mengalakkan Hasilian lebih bersikap kerja berkumpulan dengan satu matlamat di bawah satu organisasi.
- Melahirkan masyarakat yang peka kewujudan LHDNM.
KONSEP PENGANJURAN
- Penganjuran Le Tour de HASiL adalah berkonsepkan kesedaran kesihatan, pendidikan dan tangungjawab sosial korporat (CSR) dan bukan berkonsepkan kejohanan atau pertandingan.
- Menggunakan konsep serahan baton/bendera (Hasil Gemilang) dilokasi program Hasil4U/program CSR yang telah ditetapkan disetiap jajaran kayuhan disamping dapat melibatkan lebih ramai Hasilian terlibat.
PENYERTAAN PASUKAN ZON
- Pasukan Utara - (PPN Kedah/Perlis, PPN Pulau Pinang & PPN Perak)
- Pasukan Timur - (PPN Terengganu/Kelantan & PPN Pahang)
- Pasukan Tengah - (Jabatan-Jabatan Ibu Pejabat Cyberjaya, APM, PPN Putrajaya, PPN WP Kuala Lumpur & PPN WP Selangor)
- Pasukan Selatan - (PPN Johor & PPN Negeri Sembilan/Melaka)
- Pasukan Sabah - (PPN Sabah)
- Pasukan Sarawak - (PPN Sarawak)
No comments:
Post a Comment